[ Jenayah ] Kes rogol adik perempuan OKU abang kandung di cari !

ROMPIN – Seorang lelaki dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan kerana dipercayai telah memperkosa adik kandungnya sendiri yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam di rumah ibu bapanya di Felda Keratong 4.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 25 Mac lalu sekitar jam 10 pagi iaitu ketika tiada sesiapa pun di rumah kecuali mereka berdua dan ini sudah kali kedua kerana kejadian yang sama juga pernah berlaku ketika mangsa, 31, berumur 21 tahun namun tiada laporan polis dibuat pada waktu itu.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya berkata, kedua ibu bapa dan mangsa telah membuat laporan polis pada 28 Mac lalu di Balai Polis Tun Razak dan kini pihak polis masih menjejak lelaki tersebut yang melarikan diri selepas kejadian.
Abang kandung mangsa yang dikehendaki untuk membantu siasatan ini tidak bekerja dan mempunyai rekod terlibat dengan penagihan dadah. Dia telah keluar dari rumah selepas kejadian dan tidak pulang hingga kini, katanya 
Menurut Johari, ketika kejadian, abang kandung mangsa telah memaksanya untuk masuk ke bilik dan kemudian mengikat tangan mangsa pada katil sebelum merogolnya.
Mangsa turut memberitahu bahawa abang kandungnya itu mengugut supaya merahsiakan perbuatannya itu, namun selepas kejadian pada esok harinya setelah abangnya keluar dari rumah baru mangsa memaklumkan pada ayahnya kerana sebelum itu takut disebabkan abangnya masih ada di rumah, katanya. Gambar Hiasan Credit TT