[ info ] Minyak wangi " Beracun ' berluasa, di usahakan oleh warga asing !

Kuala Lumpur: Operasi tiga agensi penguat kuasa di Bukit Angkat, Kajang dekat sini semalam terkejut menemui sebuah premis yang dijadikan makmal pemerosesan minyak wangi tiruan daripada jenama terkenal dan mahal. 

Serbuan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Imigresen itu, berjaya merampas ribuan botol minyak wangi yang siap diisi dalam kotak, bernilai RM1 juta dan sedia untuk dipasarkan.

Lebih mengejutkan ia diuruskan oleh tujuh pekerja asing warga Pakistan yang memegang permit kerja restoran, sejak tiga tahun lalu. Credit BH