[ info ] Lebuh raya Kota Bharu -Kuala Krai mula dibina !


Kota Bharu: Kerajaan Persekutuan menunaikan janjinya dengan membina Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73.5 kilometer (km) bernilai RM1.8 bilion, yang akan bermula Jumaat ini.

Ia dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama dari Pasir Hor ke Kadok, Kota Bharu sepanjang 12.5 km dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun sebelum diteruskan dengan fasa kedua Kadok ke Bukit Tiu, Machang (28.5 km) dan fasa ketiga dari Bukit Tiu ke Kampung Dusun Damar, Kuala Krai (32.5 km). 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merasmikan pecah tanah lebuh raya berkenaan, Muhyiddin berkata, pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai berkenaan, sebahagian daripada projek Central Spine Road (CSR) di bawah pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan apabila siap akan membuka satu lembaran baharu dari segi rangkaian hubungan, aksesibiliti dan mobiliti di Kelantan. Credit BH