[ info ] Buruh di dakwa di Mahkamah Majistret dituduh curi jering RM8 !

Melaka: Seorang buruh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas dakwaan mencuri sekarung buah jering di sebuah kebun di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, di sini, pada Mac lalu.
Abd Saad Mad Nor, 36, dari Batu 10 1/2 Sungai Udang, di sini, bagaimanapun tidak mengaku bersalah di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif selepas pertuduhan dibacakan. 
Tertuduh didakwa mencuri sekarung buah jering bernilai RM8 milik Mazlan Abd Kadir di sebuah kebun di Batu 11 1/2, Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, jam 3.15 petang pada 25 Mac lalu. 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Shazwani Ishak membantah jaminan ditawarkan kepada tertuduh, namun menyerahkan kepada kebijaksanaan mahkamah bagi menentukan jaminan yang ditawarkan. Credit HM


1 ulasan:

erkk pasal jering RM8 pun nak bawak mahkamah bagai ke? tak boleh settle kat luar ke?

Reply