[ Hot ] Tiada bukti Fazura bercium di KLIA !

Pelakon Nur Fazura enggan memberi sebarang komen terhadap kontroversi kononnya dia telah melakukan aksi kurang manis ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 31, berkata, dia baharu sahaja mengetahui tentang tuduhan tersebut dan tiada bukti bagi mengaitkannya jika dia melakukan perbuatan sedemikian.

Saya tidak mahu komen tentang gosip ini, aksi bercium yang bagaimana mereka maksudkan itu pun saya tidak tahu.

Fazura berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal tentang khabar angin yang mendakwa dia melakukan aksi kurang sopan di hadapan khalayak sewaktu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, baru-baru ini, Fazura di temuai ketika Majlis Pelancaran Wajah Baru Mstar Online.