[ Hot ] Skool of Lawak: Zam Tepati Ramalan muncul JUARA rangkul RM 100'000 !

One ,Zam , Fiza 
Pelajar Zam menepati ramalan barisan pihak juri selepas diumumkan juara program realiti ‘Komedi Ada Kelas’ Skool of Lawak musim pertama yang berlangsung di Studio Megastar, Arena malam tadi.
Zam atau nama sebenar Muhammad Rizam Zaaffar, 26, berjaya menewaskan dua lima peserta yang lain sekaligus membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM100,000 berserta trofi.
Tempat kedua milik satu-satunya pelahar wanita yang berjaya melangkahkan kaki ke gelanggang akhir iaitu Fiza, 25, dengan membawa pulang wang tunai RM50,000 dengan sebuah trofi. Manakala bekas peserta program Raja Lawak, One berjaya menerima wang tunai RM25,000 dan sebuah trofi.
Jelas Othman Hafsham  selaku pengetua Skool of Lawak, kemenangan Zam sudah menjadi jangkaan barisan tenaga pengajar dan pihak juri selepas menerima undian tertinggi selain peningkatan yang ditunjukkan pelajar kelahiran Banting, Selangor ini.
“Kami barisan tenaga pengajar dan barisan juri sudah menjangkakan kemenangan bakal berpihak kepada Zam. Ini kerana dia berjaya menunjukkan peningkatan yang mendadak selain mutu persembahan yang cukup bagus.
“Tidak bermakna lima peserta yang lain tidak menonjol, cuma kelebihan yang dimiliki oleh Zam merupakan faktor utama dia menjadi pilihan pihak juri dan para pengundi,” ujar Othman.
Selain Zam, Fiza dan One, tiga pelajar yang turut sama beraksi di gelanggang akhir Skool of Lawak ialah Azmi, Yus dan Mail.
Enam pelajar Skool of Lawak telah diuji dengan tiga tema mencabar iaitu bebas bersama pelawak jemputan, muzikal dan komedi Stand Up.
Sistem permarkahan diadili dengan 70 peratus daripada barisan juri yang terdiri daripada Rosyam Nor, Prof Abdul Razak Mohaideen dan Mamat Khalid manakala 30 peratus daripada undian penonton.
Gelanggang akhir program Skool of Lawak disiarkan bermula pukul 10 malam, secara langsung di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Credit Mstar dan Astro Gempak