[ Hot ] Rumah tangga Adam AF2 dan Fiza Elite bergolak ?

Adam akan beri penjelasan mengenai rumahtangganya dan Fiza goyang - Penyanyi dan pelakon itu memohon diberi sedikit masa untuk dia mengumumkan kedudukan status rumah dengan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza yang didakwa goyah.

Adam atau nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia enggan mengulas panjang tentang dakwaan keretakan rumah tangganya dan berharap peminat mendoakan yang terbaik.

Saya tidak mahu komen panjang tentang perkara ini, doakan sahaja yang terbaik untuk rumah tangga kami.

Adam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang rumah tangga yang dibina pada 26 September 2013 dikatakan sedang mengalami masalah.
Tambah Adam mengulas tentang gossip tersebut,  dia akui sebagai selebriti segala berita baik dan buruk  akan dapat dihidu oleh pihak media dan masyarakat.

Apa yang saya boleh cakap kami baik-baik sahaja dan tidak bergaduh, kami cuma sibuk dengan kerja masing-masing. Saya anggap ia sebagai satu ujian, katanya.

Sementara itu, Adam turut menafikan dakwaan melarikan diri daripada media bagi mengelak ditanya isu tersebut dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Dia terpaksa pulang awal dan membatalkan beberapa sesi fotografi kerana mempunyai masalah peribadi yang terpaksa diselesaikan. 

Diharap ada penyelesian dalam permasalahan mereka dan semoga mereka dapat mengekalkan rumahtangga yang mereka bina. Credit Mstar