[ Hot ] Pelakon lelaki terkenal di tahan malam tadi positif dadah !


Kuala Lumpur: Seorang pelakon lelaki terkenal antara 41 individu yang ditahan dalam Ops Cantas Khas, Polis Daerah Dang Wangi, di dua premis hiburan di Jalan P Ramlee, awal pagi. 

Selain pelakon berusia 35 tahun dan pernah membintangi beberapa filem box office, termasuk Khurafat itu, 20 wanita warga asing dipercayai pelacur.

Berdasarkan dua ujian air kencing, pelakon itu disahkan mengambil ganja, manakala dua pengunjung lelaki terbabit dalam pengambilan syabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata operasi bertujuan membanteras kegiatan jenayah keganasan dan jenayah sosial, selain pengedaran dan penyalahgunaan dadah. 

Beliau berkata, pihaknya memeriksa 110 individu iaitu pengunjung dan pekerja premis hiburan bagi mengesan rekod kesalahan lampau.

Mereka yang ditahan diarah menjalani ujian air kencing dan tapisan awal dilakukan dengan 41 daripada mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Credit BH 


1 ulasan:

Semoga beliau dirahmati Allah.

Reply