[ Hot ] Niat berpesta di Topless Friday Beach Party tersekat !

KUALA LUMPUR : Hasrat sebuah premis iaitu The Pool untuk menganjurkan parti separuh bogel pada 11 April ini tidak kesampaian apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan premis tersebut ditutup tujuh hari mulai semalam.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan disahkan aktiviti di atas akan dianjurkan oleh Tetuan Nihonkan Sdn. Bhd di ‘The Pool', 347, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 11 April 2014 (Jumaat). Semakan jabatan juga mendapati tidak ada sebarang permohonan untuk menjalankan aktiviti sebagaimana di atas dibuat kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan lesen dibuat ianya tidak akan diluluskan memandangkan ianya tidak selaras dengan garis panduan pelesenan. Penganjur juga didapati telah pun mempamerkan iklan tanpa kelulusan lesen daripada DBKL.

DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur dan mereka diberikan tempoh selama 7 hari untuk mengemukakan representasi bertulis mengapa kelulusan lesen premis dan Lesen Hiburan serta lain-lain lesen mereka tidak boleh dibatalkan ekoran kesalahan di atas.

Di samping itu juga, DBKL akan mengarahkan agar premis di atas ditutup selama 7 hari mulai malam ini (8 April 2014) bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan oleh DBKL. 


1 ulasan:

elok jugak tu batal jee...ini malaysia jgn macam2 woo

Reply