[ Hot ] KJ bidas Zulkifli Noordin cuba politikkan kematian Karpal !

KUALA LUMPUR: “ Shut up (Diam). Really Shut up (Benar Diam),” bidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kepada Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin.
Khairy dalam satu komen di akaun Twitter milik Zulkifli, @zulkiflinoordin dilihat mengecam tindakan yang dilakukan oleh naib presiden Perkasa itu
Zulkifli dalam kenyataannya di Twitter telah memuat naik satu status yang dilihat tidak menghormati dan cuba mempolitikkan isu hudud dengan pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.
Bekas Ahli Parlimen, Kulim-Bandar Baharu, Kedah itu berkata, “dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!”
Selaran Khairy itu dilihat memberi tamparan hebat kepada Zulkifli apabila ramai pengikut (Follower) turut meninggalkan komen  yang sama di Twitter beliau.
Awal pagi tadi, Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya apabila bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar.
Dalam nahas tersebut, seorang wanita warga Indonesia juga turut cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu. Credit MD