[ Hot ] Gila 'Selfie' pada persembahan Anuar Zain !


Kegilaan mengambil gambar secara ‘selfie’ (self-portrait photograph) yang menjadi trend penggemar media sosial ketika ini merupakan tarikan pada persembahan Anuar Zain sempena minggu setiausaha di Hotel One World di sini pada Selasa.

Gambar-gambar selfie itu kemudiannya  dikongsi di laman sosial terutamanya Instagram menerusi hastag antaranya  #anuarzain dan #terindahanuarzain.

Malah Anuar juga berjaya memukau suasana apabila beliau sendiri menggunakan ‘monopod’ untuk merakam gambarnya bersama-sama peminat.

“Apa kata kita selfie dulu… siapa nak selfie dengan saya…?” antara kata-kata Anuar sebaik sahaja selepas menyampaikan tiga buah lagu.

Malah peluang itu digunakan sepenuhnya oleh peminat untuk merakamkan gambar-gambar selfie bersamanya.

Persembahan yang dikenali sebagai Terindah… Anuar Zain itu dihadiri kira-kira 700 tetamu yang kebanyakannya peminat penyanyi itu termasuklah setiausaha-setiausaha syarikat bersama bos masing-masing. Credit Mstar