[ Hot ] Che Ta bakal hadiahkan anak BMW X6 kerana cemerlang SPM !

Beruntungnya jadi anak Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta apabila anaknya Ammar Effendy yang berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru baru ini dengan memperoleh 8A bakal mendapat hadiah BMW X6.

Memetik sumber, Che Ta dalam satu temubual media mendedahkan yang anaknya itu mengimpikan sebuah kereta sport sebagai hadiah berjaya dalam SPM dan isteri kepada Zain Saidin itu nampaknya mahu merealisaikan impian anaknya.
Che Ta juga memberitahu yang beliau ingin menghadiahkan sebuah BMW X6 yang menjadi keinginan anak lelaki kesayangannya itu namun perlu menunggu kerana beliau mahu selesaikan urusan membeli kereta untuk dirinya sendiri terlebih dahulu.
Rozita Che Wan dan suami merancang untuk membeli sebuah kereta baru yang lebih besar memandangkan beliau kini sedang hamil.