[ Hot ] Almy Nadia dan Fizz Fairuz bakal nikah 26 April ini !

Pelakon Almy Nadia dan kekasihnya, Fizz Fairuz bakal menamatkan zaman bujang mereka, Sabtu ini dan bernikah di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang, selepas solat Asar.

Menurut Almy, setakat ini persiapan untuk majlisnya itu sudah hampir selesai, "Kami akan bernikah pada 26 April ini selepas waktu Asar, di kampung saya.

"Setakat ini, memang tiada apa-apa lagi (yang hendak dilakukan) memandangkan persiapan saya sudah lakukan sejak dari awal," katanya ketika di hubungi di sini hari ini.

Ditanya perasaannya ketika ini, kata Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, sukar untuk dia berkongsi apa-apa memandangkan belum lagi bergelar isteri kepada Fizz.

"Belum rasa apa-apa lagi, mungkin selepas akad nikah itu saya akan kongsi perasaan saya.

"Majlis pernikahan ini memang untuk keluarga terdekat dan media sahaja," katanya. - Credit Utusan