[ Hot ] 6 Gambar aksi filem terakhir Paul Walker " Brick Mansions " !

PEMERGIAN Paul Walker dalam kemalangan yang meragut nyawanya pada 30 November lalu, masih segar di ingatan peminat aktor berusia 40 tahun ini.

Apatah lagi, ketika kemalangan tersebut berlaku, Walker masih lagi dalam proses menyiapkan sekuel filem lakonannya Fast & Furious 7.

Namun bagi anda yang mungkin kecewa kerana tidak sepenuhnya dapat melihat aksi Walker dalam filem Fast & Furious 7, jangan terlepas untuk menonton filem terakhir yang dilakonkan sepenuhnya oleh Walker sebelum dia terlibat dalam kemalangan tersebut.




Secara ringkasnya, ‘Brick Mansions’ memaparkan kisah yang berlaku di bandaraya Detroit, iaitu di satu kawasan yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan berbatu merah yang terbiar. Kawasan ini telah menjadi sarang jenayah yang sangat merbahaya.

Oleh kerana tidak mampu lagi untuk mengawal jenayah yang berlaku di kawasan tersebut, pihak polis telah mengarahkan tembok tinggi dibina mengelilingi kawasan ini bagi tujuan melindungi kawasan-kawasan lain di kota tersebut.

Sementara itu, Damien Collier (Paul Walker), seorang anggota polis yang terlibat dengan tugas penyamaran, menganggap setiap hari merupakan hari untuknya membanteras rasuah.

Filem ini sudah menjengah di pawagam semenjak 24 April lalu, ini merupakan pembikinan semula dari sebuah filem Perancis, ‘District 13’ (2004) ini menjalani penggambaran sekitar April tahun lalu. Credit Sinar 

 .