[ Global ] Video " Coke Bottle " Agnes Monica dikecam kerana berbaju seksi !

Klip video single antarabangsa Agnes Monica berjudul Coke Bottle dikecam oleh segelintir peminat berikutan penampilannya yang agak seksi, Agnes telah menggayakan pakaian tradisional Indonesia dalam klip video itu. 

Bagaimanapun Agnes memberi alasan dia tidak sempat untuk memberi ukuran baju kepada ibunya yang diminta membawa baju berkenaan sebelum penggambaran klip video dilakukan. 

Saya tidak sempat untuk memberi ukuran badan dan tidak sempat mencuba dahulu baju tersebut kerana sibuk dengan latihan, Saya akui ia agak seksi tetapi baju itu sangat cantik, katanya. 

Klip video tersebut mendapat perhatian beberapa media barat dan membuatkan namanya mula dikenali pada peringkat antarabangsa. 

Saya suka lihat Twitter dan radio di sana, mereka banyak memberi liputan tentang lagu tersebut. 

Ia adalah satu permulaan yang baik, saya bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan lancar," katanya. Credit Mstar