[ Global ] Minta wang hantaran lebih kerana bakal isteri gemuk !

Seorang lelaki di Hyderabad, India, Vikram Naidu meminta lebihan wang hantaran kerana bakal isterinya seorang yang gemuk pada pandangan matanya.
Menurut laporan Malaysia Nanban, Naidu menuntut tambahan sebanyak Rs500,000 (RM26,753) bagi tujuan tersebut.
Mulanya, mereka berbincang dan bersetuju dengan wang hantaran sebanyak Rs1 juta (RM53,506) namun sebaik menyedari wanita yang bakal bergelar isterinya itu mempunyai berat badan berlebihan, Naidu terus menaikkan harganya.
Walau bagaimanapun, Naidu tetap memberikan pilihan kepada ibu bapa gadis tersebut untuk tidak membayar wang lebihan tersebut sebaliknya anak mereka perlu menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram sebelum hari pernikahan mereka.
Terkejut dengan permintaan lelaki tersebut, kedua ibu bapa bakal pengantin perempuan membuat laporan polis sambil dibantu ahli politik tempatan.
Untuk makluman anda, adat Hindu, si pengantin perempuan perlu membayar wang hantaran kepada pihak lelaki. Gambar Hiasan Credit Mynewshub