[ Global ] Kerajaan Indonesia bayar RM5.4 juta untuk tebus rakyat nya dari di pancung !

Riyadh:Kerajaan Indonesia bersetuju membayar RM5.4 juta bagi menyelamatkan seorang pembantu rumah warga negara itu di Arab Saudi daripada dihukum pancung.
Satinah Binti Jumadi Ahmad, 41, dijatuhkan hukuman itu sejak 2011 selepas didapati bersalah membunuh isteri majikannya dan melarikan wang tunai berjumlah RS37,970 (RM33,258) pada 2007.
Dia bagaimanapun mendakwa tindakannya itu untuk mempertahankan diri,keluarga wanita yang dibunuh itu bersetuju melepaskan Satinah daripada dihukum pancung jika dia membayar wang darah berjumlah |RS7 juta. 

Kerajaan Indonesia berjaya berunding dengan keluarga berkenaan untuk menurunkan jumlah bayaran itu daripada tuntutan asal sebanyak RS10 juta yang diminta pada 2011. 
Kami bersetuju membayar wang darah seperti yang dituntut keluarga berkenaan. Presiden Susilo menghantar surat kepada Raja Arab Saudi. 
Pihak berkuasa negara itu bersetuju menguruskan proses pengampunan, kata Menteri Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia, Djoko Suyanto. 

Ini bukan kali pertama warga Indonesia dijatuhkan hukuman mati di Arab Saudi. 
Kebanyakan mereka berkata, mereka bertindak demikian kerana tidak tahan didera oleh majikan masing-masing. 

Ramai selebriti, pengguna media sosial dan aktivis kemanusiaan di Indonesia turut membantu berkempen untuk mendapatkan pembebasan Satinah. 

Cubaan awal mengumpulkan wang darah melalui derma gagal mencapai jumlah yang ditetapkan menjelang tarikh akhir 3 April 2014, jumlah yang dapat dikumpul hanya RS4 juta. 

Sebelum ini, hukuman pancung yang dijalankan ke atas Ruyati Binti Sapub, seorang lagi pembantu rumah yang didapati bersalah kerana membunuh, menimbulkan kemarahan kerajaan Indonesia kerana mendakwa mereka tidak diberitahu secara jelas mengenai kes berkenaan. 

Kejadian itu menyebabkan kerajaan Indonesia menggantung penghantaran pekerja negara itu ke Arab Saudi pada 2011. - Agensi