[ Gempar ] Tudung Fareeda di ciplak, ramai yang kritik isu rampasan produk tiruan ?

Semalam heboh di media sosial yang produk tudung jenama popular " Fareeda " kini di ciplak, semalam, isteri kepada Fizo Omar, Mawar yang juga merupakan pengusaha kepada perniagaan itu telah mengadakan satu sidang media rampasan produk tiruan Fareeda.

Tampil dengan rekaan yang eksklusif, tudung Fareeda sememangnya menjadi kegilaan apabila rata-rata wanita di luar sana merupakan pengguna setia produk ini.
Namun ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan di sebalik kemegahan nama produk tersebut dengan mengeluarkan tudung tiruan Fareeda.
Mendapat kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), usaha tersebut telah dijalankan untuk memberi kesedaran kepada pihak tidak bertanggungjawab yang menciplak produk syarikat tersebut.
Namun, terdapat juga sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilaksanakan kerana berpendapat bahawa produk original keluaran syarikat tersebut adalah agak mahal dan golongan berpendapatan rendah hanya mampu membeli produk tiruan.
Malah, mereka turut menambah bahawa produk tiruan yang dikeluarkan langsung tidak menjejaskan jualan produk original kerana kualitinya yang jauh berbeza.
Selain itu, mereka turut berpendapat rampasan itu adalah dianggap tidak wajar kerana pengguna setia tudung Fareeda pasti tahu membezakan antara yang original dan produk ciplak.
Diharap ada penyelesaian di dalam kemelut ini dan pengguna juga di harap bijak memilih yang tulin atau yang tiruan yang mahu mereka miliki yang pasti kualiti nya jauh berbeza. Credit OhBulan


3 ulasan

hebat sungguh penangan Fareeda ni..
dulu2 hanya baju n seluar jer org ciplak.
tudung pn skarang dh ada yg ciplak.

Reply

serius tak suka lah dengan tudung tu..hihi...

Reply

Hmm isteri saya mula2 dulu gila gak la ... tapi lepas saya tegur, dah tak beli dah ... nak cantik tapi ... hmmm

Reply