[ Gempar ] Kelab ‘The Pool’ Anjur parti liar jumaat ini di Ampang ?

Sebuah kelab malam di Kuala Lumpur, dikesan akan mengadakan parti liar ‘separuh bogel’ dan para pengunjung juga digalakkan berbogel pada Jumaat depan.
Kelab “The Pool” berkenaan yang bertempat di Jalan Ampang mempromosikan parti liar itu dengan poster berbunyi “Topless Friday Beach Party” bermula pukul 8 malam.
Poster promosi parti itu dikongsikan rakan di media sosial melalui laman Instagram.
Hasil carian lanjut mendapati laman web kelab berkenaan turut memaparkan beberapa video parti liar dengan para pengunjung hanya memakai bikini bermandi-mandi di dalam sebuah kolam renang kecil disediakan di kelab berkenaan.
Menurut poster parti itu, para pengunjung wanita digalakkan memakai bikini dan hanya seluar pendek bagi pengunjung lelaki serta satu klausa, “lebih sedikit pakaian lebih bagus”.
Pada parti itu juga akan diadakan “Pertandingan Tarian Kotor (Lucah)” yang pemenangnya akan menerima satu tong beer dan juga baucer mencacah tattoo.
Tidak diketahui, bagaimana parti seliar ini boleh pula diadakan tanpa pernah diserbu pihak berkuasa dan juga polis kerana terdapat kemungkinan besar yang kukuh pada parti sebegini dadah seperti ‘pil khayal’ dan ‘pil kuda’ turut diedarkan untuk para pengunjung.
Amat wajarlah pihak berkuasa singgah di kelab berkenaan untuk membuat pemeriksaan dan mungkin juga siasatan kerana cara parti di kelab berkenaan dilihat agak liar dan tidak sesuai videonya untuk dipaparkan di dalam artikel ini.
Dengan poster lucah dan promosi berbaur lucah sudah pasti parti itu akan mendapat kecaman beberapa pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam kerana parti itu jelas akan menggalakkan lagi masalah sosial dalam kalangan masyarakat moden Malaysia pada ketika ini. – MYNEWSHUB.MY