[ Gempar ] Gambar wanita hina POLIS TRAFIK di facebook tersebar kini beliau ditahan !

Lagi kes yang melibatkan penyalahan penggunaan laman sosial facebook, jika sebelum ini seorang lelaki di tangkap gara-gara membuat naik gambar dan artikal menghina isteri PM di facebook, kini seorang wanita kakitangan AADK pula di tahan gara-gara memuat naik status menghina Polis Trafik di facebook.

Alasan yang diberikan ketika ditangkap ialah dia geram kerana diberi saman oleh anggota polis trafik yang menjalankan tugas. Dia disaman kerana memandu laju pada 17 Mac lalu dan baginya laluan tiga lorong di Jalan Bongawan-Papar, Sabah merupakan tempat yang tidak perlu dikenakan sebarang sekatan had laju.
Tiga lorong baginya bermakna, berada di lorong memotong, bolehlah dia pandu selaju-lajunya. Alasannya ialah memotong.
Namun wanita beranak satu berusia 28 tahun dan bertugas sebagai Pembantu Anti Dadah di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Beaufort, Sabah akhirnya menerima natijah daripada perbuatannya sendiri apabila dia membuat posting menghina anggota polis di dalam Facebook.
Norita Salamah binti Zaman ditahan di pejabatnya yang terletak di Tingkat Bawah, Bangunan Urusetia Daerah Beaufort setelah seorang anggota polis trafik wanita membuat laporan polis setelah Salamah menulis dan menyiarkan posting menghina anggota polis dan menuduh mereka menerima rasuah di Facebook.
Jam 9:00 malam, pada 8 April, anggota polis wanita tersebut melihat dan membaca posting Norita Salamah di Facebook yang menyebut anggota-anggota polis trafik sebagai ANJING-ANJING PUTIH C NAJIB.
“Jaga-jaga kmu, blum smua rkyt malaysia dpt br1m, sbuk sdh anjing2 putih c najib cari duit utk dia & poket tapuk anjing tu sndri, klu pakai tali pinggang keledar tu, kasi lurus btul2, nti kna saman sbb begulung tu tali pinggang keledar.
Anggota polis trafik wanita itu berasakan kredibilitinya dan reputasinya sebagai seorang anggota polis telah dihina, membuatkan dia tekad untuk melaporkan posting berkenaan. Sekiranya dibiarkan berpanjang, anggota trafik, khususnya trafik, akan dipandang serong. Justeru selain laporan polis, anggota tersebut turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
Selain ditahan di lokap dan akan direman, beberapa barangan milik wanita terbabit yang sudah bekerja di AADK Beaufort selama lima tahun, turut dirampas untuk siasatan.
Nasihat admin kepada semua pembaca cuba elak kan lah perkara sedemikin jika betul pun kita marah atau benci kepada sesuatu pihak buat lah cara dengan betul, jangan di sebabkan perkara sedemikain boleh menjejaskan diri sendiri. Credit Terengganu Today 


4 ulasan

berhati2lah bila menggunakan laman social di jaringan internet kann???

Reply

pndai buat pandai tanggung ..

Reply

komen di facebook melalui smartphone dan tetapi beberapa barangan milik wanita terbabit turut dirampas untuk siasatan?? huhu...

Reply

cakap siang pandang2,cakap malam dengar2.. kalau marah tu jangan la post kat fb,nati org akan share2 dan benda akan jd viral..xpasal2 kena tangkap..kesian kat anak kena pisah dgn ibu..

Reply