[ Terkini ] Gambar tayar pesawat Mas MH192 rosak dan mengalami kecemasan !

KUALA LUMPUR 21 April - Roda kanan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala LUmpur (KLIA) di Sepang ke Bangalore, India dikesan mengalami kerosakan ketika berlepas pada pukul 10.09 malam tadi.

Dalam satu kenyataan, MAS mengesahkan pesawat itu terpaksa melakukan pusingan balik ke KLIA dan dijangka akan melakukan pendaratan cemas sekitar pukul 2 pagi nanti.


Penerbangan MH192 yang menggunakan pesawat Boeing B737-800 dijangka akan mendarat di Bangalore pada pukul 11.35 malam hari yang sama.

Pesawat itu membawa 166 penumpang termasuk tujuh krew.

"MAS kini sedang bekerjasama dengan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) sebagai langkah berjagsa-jaga ketika pesawat itu mendarat kelak.

"Kami akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa terhadap situasi ini," kata kenyataan itu lagi, semoga pesawat dapat mendarat dengan selamat. Credit Utusan Online