[ Gambar ] Pasangan KONTROVERSI di benar gugur satu tuduhan ?

Putrajaya – Mahkamah Rayuan di sini, membenarkan rayuan pasangan kontroversi Alvin Tan Jee Yee dan Vivian Lee May Ling untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan yang dihadapi mereka iaitu memuat naik kandungan menghina agama Islam dalam Facebook (FB), tahun lalu.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dalam keputusan sebulat suara memutuskan bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan tidak boleh diguna pakai terhadap Alvin dan Vivian.
Alvin dan Vivian memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan mendakwa mereka menerbitkan hasutan di dalam FB iaitu memuat naik kandungan yang mana perbuatan berkenaan mungkin menyebabkan perasaan permusuhan di atas alasan agama dan di antara orang yang menganut agama berlainan
Peguam Chong Joo Tian yang mewakili pasangan itu ketika ditemui berkata bahawa, Seksyen 298A Kanun Keseksaan adalah undang-undang yang sah bagaimanapun ia tidak terpakai kepada bukan Islam.
Bagaimanapun pasangan itu masih lagi berhadapan dengan dua lagi pertuduhan dan akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Credit HM