[ Gambar ] Kemeriahan fastival air " Songkran 2014 " di Thailand !


Bulan April adalah bulan yang di tunggu-tunggu oleh penduduk Thailand dan juga para pelancong dari seluruh dunia, pada bulan April setiap tahun akan berlaku satu acara besar di bandar-bandar di Thailand yang mana Pesta Air yang di panggil Pesta Songkran akan berlangsung.

Pesta Songkaran ini akan berlangsung di Bandar-bandar seperti Bangkok, Chiang Mai , Phuket dan Pattaya semasa acara ini ramai pelancong-pelancong dari seluruh dunia akan mengunjungi Thailand di bandar-bandar tersebut berbagai acara telah di sediakan untuk mereka yang akan mengunjungi pesta Songkran.




Ringkasan mengenai pesta Songkran adalah pesta Air yang mana Air adalah bahan utama untuk pesta ini, perserta akan menggunakan berbagai cara untuk menyembur atau memancut air mengunakan senapang pacutan air mainan kepada rakan-rakan di samping berhibut sambil bergurau senda, sememang nya meriah acara ini yang sentiasa menjadi perhatian dunia setiap tahun di bulan April, hanya di Thailand.