[ Gambar ] Kanak-kanak maut van sekolah melungsur masuk loji kumbahan !

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas van yang dinaikinya melungsur ke loji kumbahan, dalam kejadian di Taman Universiti, dekat sini hari ini. 

Dalam kejadian pada kira-kira jam 12 tengah hari itu, enam kanak-kanak berada dalam van berkenaan, manakala pemandunya keluar menghantar beberapa kanak-kanak lain ke tadika berhampiran. 



Mangsa, Muhammad Azri Aqif Azhar disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Taman Universiti, lima lagi kanak-kanak dihantar mendapat rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Al-fatihah  Credit BH dan DTR