[ Gambar ] Datuk Nozula stabil kecederaan yang dialaminya dianggap serius- Pakar Bedah HRPB

YB Dato Seri Shabery Chik menziarahi  Datuk Norzula di HRPB 
IPOH  :      Datuk Nozula stabil di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam berada dalam keadaan stabil di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Namun kecederaan yang dialaminya dianggap serius oleh pasukan perubatan, Pakar Bedah HRPB, Dr. Basel Ebernesan yang merawat beliau berkata, Nozula mengalami kecederaan serius iaitu lebam di paru-paru selain tujuh tulang rusuknya, enam di bahagian kanan dan satu di kiri patah.
"Masih awal untuk jangka keadaan pesakit. Kita tempatkan beliau di wad medical high dependency unit' dan menerima rawatan ubat tahan sakit supaya beliau boleh berehat untuk pulih lebih cepat.
"Pesakit tidak dibantu dengan alat pernafasan, beliau bernafas secara normal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Basel, pihaknya perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat pemantauan rapi selain melihat perkembangan Nozula untuk beberapa hari lagi memandangkan kecederaan paru-parunya menyukarkan jangkaan kerana boleh bertukar baik atau buruk di samping menghadapi jangkitan.
Tambah beliau lagi, bahagian otak dan anggota badan pesakit adalah baik dan rawatannya juga dibantu oleh pakar bius serta ahli fisioterapi dada. - Bernama