[ Gambar ] 7 Gambar aksi yang menyebabkan filem The Raid 2 Berandal di haramkan di Malaysia !

Minggu lepas filem Noah lakonan Russell Crowe dan Emma Watson telah di haramkan penayanganya di beberapa buah negara termasuklah Malaysia.
Kini filem The Raid 2 Berandal, karya Gareth Evans diharamkan penayangannya kerana terlalu banyak adegan ganas yang ditunjukkan di dalam filem berkenaan.

Menurut Pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LPF), Dato’ Abdul Halim Abdul Hamid, LPF mengharamkan tayangan The Raid 2 kerana terlalu banyak adegan ganas ditunjukkan di dalam filem berkenaan yang tidak sesuai untuk diluluskan.
LPF telah membuat review sebanyak dua kali ke atas filem berkenaan, dan ianya diharamkan untuk ditayangkan di sini kerana ada adegan ganas yang tidak sesuai dan berdurasi panjang. 

Filem The Raid 2: Berandal sepatutnya ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 27 Mac yang lalu.





Sinopsis
The Raid 2 adalah filem aksi seni mempertahankan diri yang merupakan sekuel kepada filem The Raid: Redemption. 

Filem ini dibintangi oleh nama yang tidak asing lagi seperti Iko Uwais, Yayan Ruhian dan Arifin Putra. 

Ia berkisarkan Iko sebagai Rama, seorang pegawai polis SWAT yang menyamar dalam misi mendedahkan kes rasuah di dalam pasukan polis. 

Sekuel pertama, The Raid: Redemption sebelum ini telah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011. Credit Wanista 


5 ulasan

seram mana tak nya sham..hihi

Reply

mak aiiii.. gune hammer je bunoh orang.... memang ganehhhh

Reply

mak aiiii.. gune hammer je bunoh orang.... memang ganehhhh

Reply

ni yg buat nak tgk ni..sbb aku ada website yg leh tgk latest movie online free..wohoo

Reply

Tdi kt ganool dh ada ts punya nak tggu hdrip Bru sedut, ala Lpf ni igat org tak leh tgk ke skrg org sedut lh

Reply