[ Bengang ] Che Ta rugi 1/2 juta ada pihak guna nama dan gambar nya !

Rozita Che Wan atau Che Ta yang kini sedang hamil tiga bulan juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Menerusi satu sidang media hari ini, dia memaklumkan bahawa dirinya telah kerugian hampir RM500,000 gara-gara tindakan sebuah  stokis yang menggunakan nama dan gambarnya untuk mempromosikan produk kecantikan dan kesuburan mereka di media sosial.
Akibatnya, pihak lain yang mahu melantik dirinya sebagai duta mahu menarik semula tawaran tersebut kerana kes itu masih belum diselesaikan.
Justeru, dia menerusi peguamnya telah menghantar notis tuntutan selama 14 hari untuk stokis tersebut menurunkan iklan tersebut jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan.