[ Gambar ] Puteri Sarah sah milik Syamsul : Sejuk hati tengok gambar mereka !

Tiada kata yang perlu di ucapkan admin amat tersentuh hati melihat gambar-gambar majlis akad nikah pengarah filem terkenal Syamsul Yusof dengan Puteri Sarah pagi ini. 

Syamsul segak berjubah dan berserban menuju kedalam Masjid di mana tempat berlangsung nya majlis akad nikah nya pagi tadi.

Manakala Puteri Sarah pula cantik dengan busana putih yang menyerlahkan lagi kejelitaan wanita yang bertakhta dihati syamsul, dengan wajah yang tenang sarah melemparkan senyuman di hari bahagianya.

Pasangan tersebut yang melangsungkan pernikahan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Mukarramah, Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa sambil disaksikan oleh bapa Puteri Sarah, Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin.



Pengantin lelaki telah memberi tujuh dulang hantaran bersama mas kahwin berjumlah RM 1,111 ringgit manakala mempelai wanita memberikan sembilan dulang hantaran.
Majlis yang diadakan serba ringkas tetapi meriah itu turut dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada kaum keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pasangan, Admin ucapkan selamat pengantin baru kepada Syamsul dan Sarah semoga berbahagia hingga akhir hayat.


3 ulasan

waaa..so sweet..jelous3x!!hahaa..nk kwen jgak..tapi baru tersedar yg kits ni kecik lg kot..hahaa..

singgah blog saya yeaa..

Reply

waaa..so sweet..jelous3x!!hahaa..nk kwen jgak..tapi baru tersedar yg kits ni kecik lg kot..hahaa..

singgah blog saya yeaa..

Reply

sejuk mata mak den mandang

Reply