[ Terkini ] #PRAY4MH370 : PM Australia umum jumpa 2 objek namun ramai yang optimis itu bukan MH370 !

Pagi ini Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata di Canberra, bahawa imej satelit negaranya menunjukkan dua objek di Lautan Hindi yang mungkin boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 berkenaan.

Radar itu menerima isyarat yang dilihat siginifikan dengan misi berkenaan dan para anak kapal pesawat berkenaan cuba untuk melihat visual objek berkenaan.
Walaupun berita ini sedikit mengoncang jiwa dan perasaan pada semua yang mendoakan keselamatan MH370, namun rata-rata diantara mereka yang mendoakan MH370 optimis bahawa itu bukan serpihan MH370, namun bagi keluarga penumpang warga Malaysia mereka redha dengan sebarang kemungkinan apa yang akan berlaku dan yang akan di umumkan oleh media.