[ Terkini ] #PRAY4MH370 : Khairy Jamaludin anggap bomoh carpet " Memalukan " ?


Menteri Belia dan Sukan Yb Khairy Jamaluddin hari ini menyelar tindakan bomoh dalam membantu kehilangan pesawat MH370, beliau menganggap tindakan bomoh melakukan upacara dengan menggunakan carpet amat memalukan, di mana video upacara tersebut tersebar secara meluas di laman sosial.
Beliau menyatakan kekecewaan nya itu melaluai " Tweet " di Twitter beliau petang tadi, dan beliau telah meminta Menteri Agama Datuk Seri Jamil Khir memantau cara -cara yang di lakukan oleh bomoh ini.

Cara aksi bomoh yang melakukan upacara mengesan pesawat MH370 telah menjadi " Perodi " kepada rakyat Malaysia mereka menganggap perkara tersebut seseolah main-main dan tidak serius, berbagai perodi yang di timbul kan akibat dari perkara tersebut.




Namun pada pendapat admin tidak salah mungkin , bomoh-bomoh ini melakukan cara mereka dalam mencari di mana pesawat MH370, ini mungkin kebolehan yang mereka ada, soal perkara ini syirik atau tidak ini antara beliau dengan yang maha esa, jika di ikutkan waktu ini dah agak kritikal pesawat itu sudah 5 hari hilang, apa lah nasib mereka jadi tidak salah mereka berikhtiar dan tak perlu lah orang ramai nak perli atau buat perodi.

Ini hanya lah pendapat admin adakah anda pembaca semua bersetuju dengan Yb Khairy atau pun sebalik nya, apa-apa pun sama- sama kita doa dalam mencari MH370.



2 ulasan

Xsalah??

Tgk video ... Apa yg dia baca... Dia mempersendakan islam pd pendapat saya. Tak salah ke mcm tu....???

Reply

Salam, minta maaf sekadar berkongsi.. bukan isu ' tidak salah mungkin , bomoh-bomoh ini melakukan cara mereka dalam mencari di mana pesawat MH370'.. perbuatan Bomoh pisang ni sejelas-jelasnya salah di sisi aqidah agama.. jadi sbg seorang muslim kita tidak boleh ragu-ragu untuk menidakkan perbuatan bomoh ni kerana JELAS mensyirik kan Allah SWT. Apa2 doa sahaja kena pohon daripada Allah, tidak boleh kata 'biar' bomoh ni lakukan dgn cara dia.. cara dia SALAH. Dia bermohon kepada siapa?? Nauzubillah... semoga kita semua muslim di pelihara Allah untuk tidak terpesong aqidah dan bergantung harap kepada selainNya

Reply