[ Terkini ] 3 Gambar bas jatuh gaung dekat Gua Tempurung !

KAMPAR: Seorang maut manakala dua lagi parah apabila sebuah bas ekspres terjunam ke dalam gaung dalam kejadian di Kilometer 301.5 Lebuh raya Utara Selatan arah utara.

Maklumat Awal kejadian Bas Konsortium SDN Berhad jatuh gaung di km 301 menghala ke utara iaitu berdekatan dengan Gua Tempurung. 

Dimaklumkan lebih kurang jam 1625 DCC Kampar telah menerima berita bahawa sebuah bas dari Sy
arikat Konsortium Sdn Bhd no pendaftaran JKK 8396 telah dilaporkan jatuh ke dalam gaung. 

Bas tersebut mempunyai hanya 3 orang sahaja iaitu 1 Pemandu dan 2 penumpang,1 perempuan Melayu dan 1 lelaki Cina telah mengalami kecederaan parah dan telah di hantar ke hospital.

Akibat kejadian tersebut pemandu bas telah meninggal dunia di tempat kejadian, pemandu bas, Hasni Arshad, berasal dari Bercham, 40 tahun.

Dalam keadaan jalan yang lurus dipercayai bas tersebut cuba mengelak dari terlanggar sebuah kereta yang terbabas dihadapannya dan terhumban dalam gaung.

Mangsa dihantar ke hodpital Besar Ipoh. Butir- butir mangsa belum dipetolehi lagi, pihak polis masih menyiasat samada Ada mangsa-mangsa yang lain dalam bas berkenaan.


3 ulasan

Tgk mcm jalan basah tu.
Mmg bahay le kalau kawasan bukit time hujan.

Reply

Kemalangan disebabkn mengelak kenderaan yg trbabas..disebabkn kecuaian pemandu lain.

Reply

Kemalangan disebabkn mengelak kenderaan yg trbabas..disebabkn kecuaian pemandu lain.

Reply