[ Sukan ] Rumors : Fitri Omar dan Wan Zack di jangka menyertai TRW april ini ?

Kelantan dilaporkan telah berjaya melamar pemain ATM Fitri Omar untuk jendela perpindahan April ini, khabar angin yang mengatakan Fitri Omar sah ke Kelantan, berita ini di khabarkan oleh salah seorang pemain ATM. 

Manakala penyerang lincah Harimau Malaya, Wan Zack Haikal Wan Nor juga dalam radar TRW menjelang pintu perpindahan pemain yang akan kembali dibuka 24 Mac ini.

Walaupun masih lagi memiliki baki kontrak setahun dengan kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu, Wan Zack, 23, dikatakan telah memberi ‘lampu hijau’ untuk menyertai Kelantan, menurut sumber yang rapat dengan Wan Zack, anak jati Maran, Pahang itu dijangka diperkenalkan sebagai pemain baharu The Red Warriors dalam satu sidang akhbar Isnin ini.

Selain Fitri Omar, Wan Zack, Kelantan juga bakal mengumumkan Brendan Gan sebagai pemain baharu musim ini. Wan Zack akan menyertai Kelantan selepas ini dan pengumuman itu dijangka dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada satu sidang akhbar khas.

Sebelum ini, terdapat beberapa laporan mengaitkan Wan Zack berhasrat untuk kembali beraksi beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M), namun perkhabaran itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak pengurusan FC Ryukyu. Begitupun jika keputusan Wan Zack Haikal untuk menyertai Kelantan bukanlah sesuatu yang agak mengejutkan. 

Ini kerana, Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa sudah memberi gambaran awal menerusi status Facebook miliknya dengan menyatakan The Red Warriors akan membawa masuk tiga pemain bintang tempatan termasuk dua daripadanya bertaraf antarabangsa, jika benar berita ini ia merupakan berita gembira untuk peminat-peminat TRW.