[ Sukan ] FAM serah surat pertuduhan kepada JDT, beri tempoh seminggu !

KUALA LUMPUR: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) diberi tempoh seminggu untuk menjawab surat pertuduhan yang dikemukakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung insiden kekecohan di dalam terowong Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor pada 1 Februari lepas.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata JDT perlu menjawab pertuduhan itu melalui Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).
"Selepas mendapat jawapan PBNJ, Jawatankuasa Tatatertib FAM akan memulakan siasatan dengan memanggil semua individu berkenaan,semua akan dipanggil, tiada seorangpun akan terlepas termasuk barisan tertinggi persatuan,katanya.
Perlawanan antara JDT dan T-Team diberhentikan selepas T-Team tidak mahu meneruskan perlawanan susulan kekecohan membabitkan kedua-dua pasukan sebaiktamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA, yang berlaku di dalam terowongmenuju ke bilik persalinan, 1 Feb lepas, kedua-dua pasukan membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Hamidin berkata beliau tidak menolak kemungkinan siasatan berlangsung dalammasa yang panjang bagi mengumpul bukti kukuh sebelum Jawatankuasa Tatatertib FAMmembuat keputusan,jawatankuasa Tatatertib juga berhak melakukan siasatan lain berkaitaninsiden itu jika terdapat kes.
Jika bersalah, pasukan tuan rumah boleh dikenakan denda maksimum RM100,000atas kesalahan kelonggaran kawalan keselamatan ketika perlawanan," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat JDT Mohd Fahmy Yahya ketika dihubungi mengesahkan menerima surat pertuduhan itu daripada FAM petang Isnin, beliau bagaimanapun enggan menggulas lanjut.- BERNAMA