[ Sukan ] Barisan pemain Harimau Muda A ke Liga NPL Australia !

Pasukan Harimau Muda A akan menyertai Liga NPL Queensland Austarlia, ini adalah senarai pemain-pemain yang akan mewakili skuad Harimau Muda A yang di barisi pemain-pemain lama antara nya penjaga gol kedua 2 Harimau Muda Mohd Farhan Abu Bakar.

Farhan mungkin akan mengalas tugas sebagai penjaga gol utama Harimau Muda setelah penghijrahan penjaga gol utama Mohd Izham Tarmizi ke Kelab Johor Darul Takzim, apa-apa pun kena tunggu keputusan rasmi dari jurulatiah skuad Harimau Muda Datuk Ong Kim Swee.

Pemain-pemain yang masih kekal dalam Harimau Muda A adalah Fandi Othman , Garry Steven Robbat , Ferris Danial dan ramai lagi , antara muka baru pula ialah Satish Krishnan, Ridzuan Abdunloh, Damien Lim Chien Khai, Amirul Hisyam, Mohamad Qayyum, Muhammad Jafri dan Zaiful Hakim.