[ Sedih ] Wanita Malaysia dan anak di beri makanan daging kinzir di Nepal !

Nur Sri Rahayu Marimon, 24 tahun,ibu muda warganegara Malaysia  yang kini tinggal di negara Nepal bersama mertua nya warga nepal dan dua anaknya selepas ditinggalkan suaminya yang bekerja di Arab Saudi sejak tiga tahun lepas.

ibu muda pasti tidak terfikir apabila tindakannya melarikan diri ke Nepal mengikut suaminya akan menyebabkan hidupnya menderita sepanjang empat tahun di sana dan kini dia mahu pulang ke Malaysia.
Dia yang dikenali sebagai Ayu kini terpaksa bekerja memecah batu di Nepal untuk menyara kedua-dua anaknya. Biarpun suaminya ada mengirimkan wang tetapi ia dibuat melalui ibu mertuanya yang memberikan wang tidak mencukupi kepadanya dan anak-anak.
Lebih menyayat hati, anaknya yang berumur setahun dipaksa memakan bubur nasi yang dimasak bersama dengan daging babi. jika si kecil enggan memakannya, ibu mertua Ayu akan memukul kanak-kanak itu.
Kira-Kira setahun lepas, bapa Ayu seorang pemegang taraf penduduk tetap dari Indonesia sejak sembilan tahun lepas, Marimon Ahmad Kasman, 57 tahun, menerima panggilan daripada Ayu memaklumkan bahawa dia sebenarnya sudah berada di Nepal untuk tinggal bersama suaminya.
Sebelum itu ketika tinggal di Malaysia, Ayu membawa diri bersama kedua-dua anaknya ke Nepal tanpa pengetahuan ayahnya.
Ayu dan suaminya itu berkahwin sebelum itu di Thailand dan kemudiannya mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia dan anak pertama mereka lahir di Malaysia dan anak kedua pasangan itu dilahirkan di Nepal.
Kini, Ayu merayu untuk dibawa pulang ke Malaysia kerana sudah tidak tertahan hidup dalam keadaan sebegitu sehingga terpaksa memakan babi apabila disuruh oleh ibu mertuanya.
Marimon hadir bertemu dengan wartawan Mynewshub.my memaklumkan beliau telah menghubungi Wisma Putra untuk tujuan itu dan pihak Kementerian Luar sudah pun menghubungi kerajaan Nepal bertanyakan tentang keadaan anaknya. Sumber


6 ulasan

adoiii macam mana nak tolong ni ek? semoga pihak kerajaan dapat membantulah dalam menyelesaikan masalah ni...

Reply

Moga Kerajaan Malaysia bantu...kasihan.

Reply

alahaiii...kesiannya... ini udah sampai tahap akidah AYu dgn anak2 dia ni... tolong la sapa2 yang boleh tolong..... selamatkan deme ni...

Reply

Sedeyh mmg sdeyh tp dia yg pilih jln hdup yg mcm tu...drpd krjaan hbskn duit utk bnda mcm ni baik la guna duit tu utk bntu bayi yg perlukn operation yg kos tgi..

Reply

klu takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai..ni sndr crk sakit..ms bercinta lupa dunia..ble dh ssh br nk ingt mak bpk..sudah terhantuk br terngadah la ni..duit tu blh tlg ramai lg rakyat malaysia yg miskin..diaorg lg memerlukan smp sanggup mntk tlg gereja..tu pn melibatkn akidah jgk..xgitu?

Reply
Anonymous mod

Sudah jodoh dia. Ayu tu masih isteri Osman org Nepal. Tanggungjawab Osman menjaga dia. Sepatutnya jika ada kes mereka kena bercerai dulu, Lepas mereka bercerai baru bawa balik Ayu ke Malaysia. Org yg tolong bawa lari bini orang tu kira bersubahat juga. Nanti Osman dapat tahu bininya macam ni mesti akan jadi perkara yang tak baik.

Reply