[ Sedih ] #PRAY4MH370 : Maira nak ambil result SPM dengan Daddy !

Miara nak ambil result SPM dengan Daddy, itu lah luahan Maira anak kepada Ketua Pramugara MH370, di kala rakan-rakan sebayanya yang lain tidak sabar untuk mengambil keputusan SPM esok berlainan pula dengan Maira yang berasa sedih kerana hasrat nya untuk mengambil keptusan SPM dengan Daddy nya mungkin tidak akan menjadi kenyataan.
Mengikut ahli keluarga kepada ketua pramugara penerbangan MH370, Andrew Nari pada Rabu mengesahkan bahawa anak perempuannya, Maira Elizabeth Nari tidak akan mengambil keputusan SPM yang akan diumumkan pada Khamis.
Kami telah menghubungi pihak sekolah dan meminta mereka menyimpan dahulu transkrip keputusan kerana kami masih tidak mahu diganggu.
Kami benar-benar menghargai jika semua orang boleh memberikan kami privasi yang sepatutnya pada masa ini, kata ahli keluarganya kepada The Star.
Terdahulu, Maira, menulis di Twitternya: “Keputusan SPM akan keluar esok, dan harap dia (bapanya) akan kembali pada masa itu. Tetapi tidak mengapa. Dia tetap di dalam hati saya.”
Cuba untuk positif, Maira juga menulis: “Selamat berjaya calon SPM 2013! Mari kita berdoa dan berharap yang terbaik. Beri kebanggaan kepada ibu bapa kita. Percayalah pada diri sendiri, bertindak dan berfikir positif.” Semoga Maira tabah.