[ Sedih ] Bayi melecur akibat alahan ubat meninggal dunia, Al-fatihah !


ALOR SETAR - Bayi berusia sembilan bulan yang melecur seluruh badan dipercayai akibat alahan ubat yang diberi oleh sebuah klinik swasta pada 16 Februari lalu meninggal dunia hari ni.
Muhammad Nasrullah Khairul Nizam meninggal dunia pada pukul 1.25 pagi tadi selepas 10 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak dimasukkan ke HSB pada 5 Mac lalu.
Bapanya, Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, berkata, anaknya itu disahkan meninggal dunia akibat 'Sepsis Secondary To Infected Severe Atopic Eczema' (jangkitan kuman dalam darah) atau penyakit radang seluruh badan yang membawa maut disebabkan oleh jangkitan yang teruk.
"Selepas mendapatkan rawatan di HSB pada 25 Februari lalu, keadaan dia semakin pulih dan pada 5 Mac lalu, Ketua Puteri Umno Kulim-Bandar Baharu, Nor Sabrina Mohd Noor telah membantu kami membawa dia ke Kedah Medical Centre (KMC) bagi mendengar pandangan daripada doktor pakar kulit di situ.
"Selepas diperiksa, doktor di KMC menyuruh kami membawa dia ke HSB semula kerana sudah mempunyai rekod pemeriksaan di sana. Apabila dibawa ke HSB semula, dia ditahan di dalam ICU selama 10 hari sebelum meninggal dunia pagi tadi," katanya kepada pemberita di kampung Kuala Bangka, Kota Sarang Semut di sini.

Khairul Nizam berkata, pada Sabtu lalu doktor telah memberitahunya dan isteri bahawa peluang untuk bayi mereka hidup hanya 50/50.
"Pada pukul 11 malam semalam, keadaan dia semakin lemah dan sekitar pukul 12 pagi, doktor memberitahu bahawa jantung anak saya terhenti sementara sebelum mereka berjaya memberikan bantuan oksigen tetapi sejam kemudian keadaan semakin kritikal dan akhirnya disahkan meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, Khairul Nizam berkata dia akan berbincang dengan anggota keluarganya sama ada ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap klinik swasta yang telah menyebabkan kematian anaknya.
Isterinya Nur Shazira Mohd Salleh, 23, berkata, sebelum Muhammad Nasrullah meninggal dunia, dia berasa tidak sedap hati ditambah pula melihat berat badan anaknya turun mendadak daripada 9.6 kilogram kepada 6. 3 kilogram dalam tempoh 10 hari.
Jenazah Muhammad Nasrullah dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Permatang Buluh di sini pada pukul 9 pagi tadi. AL-FATIHAH  Credit Bernama, My Metro.


2 ulasan

Mmg sdih bro..
Br berusia 9bln.

Reply

Diharap klinik brkenaan disiasat oleh pihak berkenaan dan tindakan harus diambil.

Reply