[ Respect ] #PRAY4MH370 : Doa orang yang soleh dan doa dari ahli keluarga - Kapten Norudin Abd. Majid

Kehilangan MH370 sudah masuk hari ke 4, kita ketika ini dihujani pelbagai penjelasan dan ulasan daripada mereka yang pakar dalam dunia penerbangan pasca kehilangan pesawat MH370.
Semuanya menyentuh soal teknikal pesawat, operasi CARI DAN MENYELAMAT (SAR) dan sebagainya.
Namun bagi juruterbang pesawat 777-200 MAS, Kapten Norudin Abd. Majid, disebalik semua itu sebenarnya hanya ada DUA CARA untuk menemui pesawat tersebut.
Pertama, doa orang yang soleh dan kedua, doa dari ahli keluarga, Allahu Akbar, Kapten Norudin di temuramah dalam Buliten Utama di TV3 malam tadi, Kapten Norudin adalah orang yang bertanggungjawab dalam membawa balik pesawat MH370 semasa mula-mula di beli oleh MAS dahulu.
Percayalah, anda tidak akan temui ulasan sebegini dari mana-mana pakar penerbangan Barat, semoga segala ikhtiar kita dalam mengesan di mana MH370 di beri petunjuk insyaallah. Credit mynewshub.my


1 ulasan:

teruskan berdoa dan terus berdoa untuk MH370...

Reply