[ Qualifying Result ] F1 : Hamilton rebut petak utama F1 Sepang 14 !

SEPANG: Selepas mengharungi  cuaca panas terik pada sesi latihan bebas sejak Jumaat, pelumba-pelumba Grand Prix (F1) Petronas Malaysia terpaksa berdepan dengan litar basah ketika saingan kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sabtu.
Keputusan Penuh Perlumbaan Kelayakan:
1. Lewis Hamilton-Mercedes 1:57.202 1:59.041 1:59.431
2. Sebastian Vettel -Red Bull Racing-Renault 1:57.654 1:59.399 1:59.486
3. Nico Rosberg-Mercedes 1:57.183 1:59.445  2:00.050
4. Fernando Alonso-Ferrari 1:58.889 2:01.356 2:00.175 22
5. Daniel Ricciardo -Red Bull Racing-Renault 1:58.913 2:00.147 2:00.541
6. Kimi Räikkönen -Ferrari 1:59.257 2:01.532  2:01.218
7. Nico Hulkenberg -Force India-Mercedes 1:58.883 2:00.839 2:01.712
8. Kevin Magnussen-McLaren-Mercedes 2:00.358 2:02.094 2:02.213
9. Jean-Eric Vergne-STR-Renault 2:01.689 2:02.096 2:03.07
10. Jenson Button-McLaren-Mercedes 2:00.889 2:01.810 2:04.053
11. Daniil Kvyat-STR-Renault 2:01.175 2:02.351
12. Esteban Gutierrez-Sauber-Ferrari 2:01.134 2:02.369
13. Felipe Massa-Williams-Mercedes 2:00.047 2:02.460
14. Sergio Perez-Force India-Mercedes 2:00.076 2:02.511
15. Valtteri Bottas-Williams-Mercedes 1:59.709 2:02.756
16. Romain Grosjean-Lotus-Renault 2:00.202 2:02.885
17. Pastor Maldonado-Lotus-Renault 2:02.074
18. Adrian Sutil Sauber-Ferrari 2:02.131
19. Jules Bianchi-Marussia-Ferrari 2:02.702
20. Kamui Kobayashi-Caterham-Renault 2:03.598
21. Max Chilton Marussia-Ferrari 2:04.388
22. Marcus Ericsson-Caterham-Renault 2:04.407
Perlumbaan kelayakan yang sepatutnya berlangsung  pukul 4 petang terpaksa ditangguhkan hampir 50 minit berikutan hujan lebat.
Acara yang bersambung selepas itu menyaksikan pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton sekali lagi meraih petak pertama selepas GP Australia dua minggu lalu dengan mencatat 1.57.202s pada saingan ketiga kelayakan ini.
Aksi konsisten Hamilton dan rakannya, Nico Rosberg  sejak sesi latihan bebas sebelum ini meletakkan mereka dalam kedudukan  selesa  menjelang perlumbaan akhir yang akan berlangsung petang Ahad.
Manakala Rosberg  yang merangkul trofi pertama musim ini di Australia baru-baru ini menamatkan saingan akhir kelayakan di petak ketiga biarpun pada sesi kelayakan pertama pelumba kelahiran Jerman menamatkan saingan di kedudukan pertama.
Manakala pelumba  Infiniti Red Bull, Sebastian Vettel diapit oleh kedua-dua perlumba Mercedes untuk berada di petak kedua selepas mencatat masa kelayakan ketiga dengan 1:57.654s.
Sementara itu, kejayaan berada di  petak pertama kali ini merupakan rekod ke- 33 Hamilton sekaligus menyamai rekod pelumba legenda British Jim Clark  sejak 1964.
Clark berjaya memperolehi petak pertama dengan jumlah tersebut menerusi 73 perlumbaan, manakala Hamilton sebanyak 131 saingan. Credit Mstar