[ Macam-Macam ] Chef Wan di kecam gara-gara persenda kisah objek MH370 !


Selibriti popular Datuk Chef Wan di kecam gara-gara gambar  yang di muat naik di laman sosial nya, Ikuti laporan oleh Astro Awani : 

KUALA LUMPUR: Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.

Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.



Entri tersebut telah pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh pengikut akaun Instagramnya itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia,Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.
Apa pendapat anda " KliK Sini "

Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 dan misi diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth.

Mungkin niat Che Wan hanya bergurau apa-apa pun kita tunggu resporn Che Wan ekoran dari artikal nya yang tersebar di laman Sosial. Credit Astro Awani 


3 ulasan

adoilah pak long Wan kenapa buat statement cam tu, i know you outspoken but in this case is sensitivity... hu hu hu...

Reply

Nanti dia sendiri jadi mangsa nahas kapal terbang baru la dia tau..

Reply

heheh...
aritu sedap dia kecam nasi lemak..
kali ni rasa ler cmner kena kecam

Reply