[ Kemalangan ] Bas sekolah terbalik seorang pelajar maut di Hulu Langat !

HULU LANGAT :Seorang pelajar sekolah menengah maut manakala tiga lain parah apabila bas sekolah terbalik selepas kehilangan kawalan di selekoh cerun di Hulu Langat pada hari Isnin.

Pelajar yang meninggal dunia telah dikenalpasti sebagai Chin Yeong Peng ynag berumur 17 tahun,36 orang berada di dalam bas yang terdiri daripada 34 pelajar, seorang guru dan pemandu bas berkenaan.

Kesemua penumpang bas masih berada di dalam bas apabila kami tiba. Kami berjaya mendapatkan 30 daripada mereka keluar manakala enam yang lain terperangkap. 
Kami menggunakan alat penyelamat dan Jak untuk mengangkat bas dan menyelamatkan mereka. Seorang pelajar telah mati di tempat kejadian

Bas yang terbalik itu adalah antara empat buah bas yang membawa warga pengawas Sekolah Tinggi Katolik Petaling Jaya yang mengikuti lawatan sekolah.

Bas sekolah tersebut berada dalam perjalanan turun bukit dari resort ke arah restoran apabila kejadian itu berlaku pada 2.06 petang.

Bas pertama yang membawa konvoi itu berjaya mengemudi menerusi selekoh tersebut, tetapi malangnya bas kedua hilang kawalan dan lalu terbalik,mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Ampang. Credit Astro Awani