[ Kecoh ] Keluarga penumpang MH370 merusuh di Kedutaan Malaysia di Beijing !

BEIJING :Ahli keluarga penumpang MH370 di China bergelut dengan pihak berkuasa negara itu di hadapan pejabat Kedutaan Malaysia bagi menuntut jawapan berhubung misteri kehilangan pesawat terbabit yang dilaporkan terhempas di Lautan Hindi.
Pergelutan tercetus apabila anggota keselamatan cuba menghalang beberapa ahli keluarga terbabit yang cuba menyerbu pejabat kedutaan itu.
Rata-rata mereka yang hadir menggesa kerajaan Malaysia mengeluarkan analisis satelit yang menunjukkan pesawat milik penerbangan Malaysia (MAS) itu terhempas di kawasan barat Perth, Australia.
Selain itu, mereka yang terlalu emosional itu turut melaung 'Kembalikan saudara-mara kami' dan ‘Kerajaan Malaysia adalah pembunuh' ketika mereka dihalang pihak berkuasa untuk memasuki pekarangan Kedutaan Malaysia.
Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Tentera Australia, Mark Banskin berkata, kawasan pencarian di Perth terlalu luas menyebabkan mereka sukar mengesan pesawat MH370.
Pencarian kami ini memang sukar seumpama mencari sebatang jarum dalam timbunan jerami, namun kami masih berusaha menjejaki sisa pesawat terbabit.
Bagaimanapun, usaha mengesan terpaksa dihentikan seketika berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, katanya.
Pada 8 Mac lalu, pesawat Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang tanpa dapat dikesan.
Penerbangan pesawat MH370 membawa 239 penumpang termasuk anak kapal itu dilaporkan berakhir di Lautan Hindi, bagaimanapun usaha mengesan sisa pesawat dan kotak hitam masih dilakukan. – AFP