[ Jenayah ] Ibu mangsa dan kekasih didakwa dera dan bunuh Nur Ain Ariana !

TELUK INTAN - Ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun enam bulan yang meninggal dunia Jumaat lalu dipercayai akibat didera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini bersama teman lelakinya atas tuduhan membunuh kanak-kanak tersebut, awal bulan ini.

Nur Ain Ariana Abdullah yang mengalami pendarahan otak disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, Selangor pada pukul 8 malam, 7 Mac lalu selepas hampir lima hari bertarung nyawa.

Fiera Syafieqa Shamsudin, 20, dan Amir Hassan Bakri, 26, didakwa secara bersama membunuh Nur Ain Ariana kira-kira pukul 4.30 petang, 3 Mac lalu, di rumah tidak bernombor di Kampung Sri Perkasa, Hutan Melintang dekat sini.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hidayah Ismail mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, seksyen itu memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Credit Utusan Online