[ Jenayah ] 3 Gambar anggota polis maut, rakan cedera parah diserang 5 lelaki !

Klang: Seorang anggota polis mati manakala seorang lagi cedera parah diserang oleh lima lelaki dalam rondaan mencegah jenayah di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa Klang, Selangor.
Semasa melakukan rondaan di tempat kejadian kereta peronda polis telah terserempak dengan lima lelaki disyaki warga Indonesia, anggota telah buat pemeriksaan dan berlaku pergelutan. 
Dalam pergelutan tersebut, suspek telah merampas pistol milik anggota polis tersebut dan cuba menembak namun tindakan pantas oleh rakan anggota telah berjaya merampas kembali senjata milik dan telah berjaya menembak dua suspek.

Salah seorang anggota polis berpangkat Koperal telah meninggal dunia apabila sampai di Hospital Klang, manakala seorang lagi masih menerima rawatan setelah bantuan kereta peronda lain sampai.
Butir-butir suspek yang mati masih belum diketahui dan polis sedang menyiasat. Sebilah pisau turut dijumpai di tepi simati. 
Siasatan masih dijalankan di tempat kejadian dengan bantuan Forensik IPK Selangor, Al-fatihah dan Salam Takziah. Credit TT


1 ulasan:

adoi seriau bila baca berita2 macam ni...

Reply