[ Jenayah ] 2 Kes pecah kereta dengan penukul oleh lelaki bermotosikal di Bangi semalam !

Bangi:Kejadian rompak semakin menjadi - jadi semalam sahaja 2 kes di daporkan di sekitar Bangi , sasaran adalah WANITA yang menaiki kereta dengan meletak HAND BAG di sebelah tempat duduk pemandu.

Penjenayah terbabit akan mengimpit kenderaan terbabit meninjau kedalam kereta sekiranya terdapat beg tangan mereka akan mengikut kenderaan wanita terbabit tiba di lampu isyarat mereka akan mengetuk cermin kereta wanita terbabit untuk mengambil beg tangan wanita itu.

Semalam sahaja 2 kes di laporkan oleh  Komuniti Prihatin Baru Bangi berlaku di sekitar Section 2 Bandar Baru Bangi dan sekitar Traffic Light Jalan Reko Bangi-UKM .

Cermin kereta PM. Dr. Salasiah di pecahkan dengan penukul 
Dalam kejadian pertama cermin kereta Dr.Salasiah telah dipecahkan oleh seorang penunggang motosikal dengan penukul di seksyen 2, Bandar Baru Bangi pada Hari Jumaat, 28 Feb, perompak jalanan itu telah memukul berkali-kali cermin tingkap (pada bahagian penumpang) tetapi gagal untuk mengambil apa-apa

Kejadian itu berlaku pada kira-kira pada jam 3 petang ketika menunggu lampu isyarat di persimpangan Mutiara Bangi.


Cermin kereta mangsa ke 2 gagal di pecahkan akibat Security Tinted 
Manakala kejadian ke 2 di simpang jalan reko dari kajang menghala ke ukm di hadapan tempat karaoke, kereta tersebut dipecahkan ketika menunggu traffic light, dua motosikal menghampiri kereta tersebut, satu motosikal block dihadapan manakala satu motosikal lagi bertindak pecahkan cermin sebelah kiri, cermin  kereta tersebut di hentak hampir tujuh kali untuk pecahkan cermin tersebut kerana cermin kereta tersebut di lapisi security tinted.

Pemandu wanita terbabit sempat megetuk tangan penjenayah tadi dari dalam kereta, setelah gagal memecahkan cermin tersebut penjenyah tadi terus melarikan diri menuju ke section 4 atau section 3 Bangi, mangsa megesahkan suspek mungkin warga melayu yang melakukan jenayah tersebut.

Jadi kepada pemandu- pemandu kereta wanita di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang berhati-hati lah sorok beg tangan anda jangan dedahkan kepada penjenayah bermotosikal yang sentiasa meninjau ke dalam kereta anda ketika anda berhenti di Traffic Lighat. Credit  Komuniti Prihatin B.B.Bangi.