[ info ] Wanita di larikan selepas langsungkan perkahwinan !

Satu laporan di muat naik di facebook yang mengatakan seorang wanita di culik dan di larikan di depan sebuah pasaraya di Kedah, mengikut sumber perempuan tersebut telah melangsungkan perkahwinan pada 21 March lalu sebelum di larikan.

Ikuti kisah ini di akhbar Sinar Harian : 

ALOR SETAR - Seorang wanita dalam lingkungan usia 20-an didakwa diculik di  depan sebuah pasar raya dekat Kuala Ketil, Baling, enam hari lalu.

Dalam kejadian Selasa lalu, wanita berkenaan dikatakan diculik oleh beberapa lelaki dengan menggunakan dua kereta.

Menurut sumber, keluarga wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Tawar pada hari kejadian.

Susulan kejadian itu, seorang pengguna laman Facebook turut menghebohkan kejadian itu berserta nombor pendaftaran kereta yang didakwa digunakan suspek.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai orang hilang dan bukan penculikan selepas siasatan lanjut dilakukan.

“Siasatan mendapati wanita terbabit melangsungkan perkahwinan pada 21 Mac (kelmarin) sebelum dilaporkan hilang. Dia juga dipercayai mempunyai teman lelaki lain sebelum bertunang.

“Jadi setakat ini kita klasifikasi kes sebagai orang hilang yang berpunca masalah dalaman keluarga dan wanita terbabit,” katanya kepada Sinar Harian semalam.