[ info ] Tragedi MH370 : Shila Amzah di kecam teruk oleh rakyat China !


Kebencian rakyat china terutama ahli keluarga mangsa kepada Malaysia semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi pada malam Isnin lalu.

Susulan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara china dipandang serong dan dimaki hamun tidak tentu pasal. Apapun, rakyat china tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.

Tentunya, penyanyi Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka.

Buktinya, laman sosial nombor satu china Weibo.com dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Kak Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut.

Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat china yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama bekas kekasih Sharnaaz itu dengan tragedi pesawat MH370.
Berikut ialah antara komen-komen positif dari segelintir peminat china yang masih menyokong Shila pada ketika kebanyakkan peminat lain bersikap negatif.

This is a tragic plane crash. Everyone is sad and pray for the victims families. Makes me more sad is that some people actually take advantage of this appalling crash to attack innocent people. I really feel sick for those who do not limit human morality.

As a Chinese person, really feel shame, how there are so manypatriotic dog , online is very arrogant, what reviled others, most Chinese people's reputation abroad is very smelly, is when you count curse you, you are willing to do. Do not scold scold go on the Internet all day, have your family do on the plane? No, shut up, aircraft accident and now you have less Chiyikoufan Well? You feel less sleep a night yet? So you lost it? No?

Shila is a singer. She is not open aircraft. She can not represent the Malay government. Do not spray the wrong person. Thank you.

Semoga Shila dan semua rakyat Malaysia di China tabah dengan apa yang berlaku ini, setuasi ini amat meresahkan dan merumitkan semua orang, namun perkara sudah berlaku dengan kententuan nya.



3 ulasan

dapat tempias...harap sheila dapat bertahan

Reply

kesian..tak pasal2 kena tempias,dan Shila perlu bijak menangkis segala sangkaan buruk terhadap Malaysia

Reply

sama2 jangan simbah minyak pada api yg marak.....bukan semua rakyat china fikir negatif....kalau rakyat malaysia nak keluarkan komen balas...biarlah komen yg positif...jangan jadi batu api lagi sudahlahhh....semoga shila amzah tabah....ramai rakyat china suka dengan shila.....

Reply