[ info ] PRK N25 KAJANG : 5 Gambar " Simbolik " Datin Seri Dr Wan Azizah di penamaan calon Dun Kajang !


KAJANG : 5 Gambar Datin Seri Wan Azizah memegang " Kangkung " tanda simbolik di hari penamaan Calon N25 Dun Kajang semalam, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu dipilih calon pakatan pembangkang bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam nada yang gurauan  Datin Seri menunjukan " Kangkung " sambil beramah mesra dengan wartawan dan juru gambar sebelum meninggalkan Majlis selepas penamaan calon tersebut. 





Pengumuman Datin Seri Wan Azizah sebagai calon dibuat sendiri oleh suami nya Datuk Seri Anwar semalam, sekali gus mengetepikan andaian sebelum ini yang mengaitkan anak mereka, iaitu Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah sebagai calon, selain Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Selamat berjuang untuk Datin Seri Wan Azizah dan juga Calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun untuk pilihanraya kecil N25 Kajang.