[ info ] #PRAY4MH370 : Solat hajat dan bacaan al-Quran di Pulau Perhentian malam tadi !

Sekumpulan ahli agama yang diketuai oleh ulama terkenal, Datuk Noh Gadut berlepas ke Pulau Perhentian, Terengganu untuk mengadakan majlis solat hajat dan bacaan al-Quran khusus memohon kepada Allah agar mempermudahkan usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 malam tadi .

Rombongan tersebut turut disertai bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Firdaus Ismail bersama 16 pegawai agama daripada Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (Kagat).

Ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan bagi membantu usaha yang digerakkan oleh kerajaan bersama 12 buah negara dari seluruh dunia untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu Sabtu lalu. Credit UO