[ info ] #PRAY4MH370 : Polis siasat simulator rumah Kapten Zaharie !

Polis petang tadi ke rumah juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang hilang Sabtu lalu bagi mencari segala maklumat di sebalik kehilangan pesawat MH370.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat itu disyaki sengaja menukar laluan penerbangan, kata seorang pegawai kanan polis.

Anggota polis tiba di rumah kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, petang tad, sejurus selepas tamat sidang akhbar Perdana Menteri petang tadi, namun maklumat yang diperolehi polis tidak dapat di dedahkan berkemungkinan mereka meyiasat simulator yang ada di rumah Kapten pesawat MH370 itu.

Kapten Zaharie memasang simulator Boeing 777 simulator di rumahnya, mengikut gambar yang dimuat naik oleh beliau di laman facebook beliau menunjukkan sebuah simulator dengan tiga monitor komputer.


Pegawai polis hanya mencari beberapa bahan-bahan yang boleh membantu siasatan untuk mengesan pesawat yang hilang itu, kata satu sumber polis kepada agensi berita.

Bagaimanapun, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan untuk mengeledah rumah keluarga Zaharie di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Kami masih belum menerima arahan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengeledah rumah Zaharie di sini, katanya kepada Malaysiakini.

Penyiasat mengesahkan bahawa pesawat yang dikesan oleh radar tentera adalah pesawat MH370 selepas komunikasinya mungkin dimatikan sebelum sampai ke pantai timur Malaysia minggu lalu, kata Najib.

Sementara itu, kementerian luar China meminta Malaysia supaya menyediakan maklumat yang lebih menyeluruh dan tepat mengenai penerbangan Malaysia Airlines terbabit.

China juga meminta Malaysia mendapatkan lebih banyak negara menyertai operasi mencari dan China sendiri akan meminta negara-negara lain yang berkaitan untuk membantu mencari pesawat tersebut, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Penyiasat percaya seseorang di atas kapal pesawat itu sengaja menutup sistem komunikasi dan pengesanannya, membawa pesawat itu berpatah balik dan terbang selama hampir tujuh jam selepas ia hilang, kata perdana menteri hari ini. Credit MK


2 ulasan

#PrayForMH370 .

Ya Allah, kembalikan mereka dgn selamat :'(

Reply